Kerjaya Marion Caunter

Ketika berusia 19 tahun, beliau memasuki Universiti Marquette di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat, dan lulus dengan ijazah penyiaran dan komunikasi elektronik. Kerjayanya dalam industri penyiaran bermula apabila menyandang jawatan sebagai wartawan di Saluran 18 WB di Milwaukee, di mana beliau meliputi hal-ehwal semasa kerkaitan dengan belia. Caunter juga pernah menyertai KIIS-FM, iaitu sama tempat kerja dengan juruhebah terkenal Rick Dees ketika itu, dan bekerja dalam jabatan pengiklanan.

Sekembalinya ke Malaysia, Caunter mula dikenali kerana pernah mengacara 8TV Quickie, rancangan interaktif harian di 8TV. Selain menjadi pengacara televisyen, beliau pernah menjadi pegawai eksekutif kandungan urban di 8TV yang bertanggungjawab atas pra-penerbitan dan pasca-penerbitan rancangan buatan sendiri stesen tersebut, iaitu Latte at 8 dan Flava. Dari tahun 2006 hingga 2009, beliau mengacara One in a Million bersama Awal Ashaari selama tiga musim, walaupun beliau meninggalkan 8TV pada November 2006 untuk menyertai Channel [V].

Caunter juga pernah bertugas sebagai juruhebah radio bagi masa yang singkat di hitz.fm. Di Channel [V], beliau mengacara rancangan hiburan Poparazzi pada 2006. Mulai tahun 2010, beliau bersama rakan setugasnya di Channel [V], Dominic Lau, menjadi pengacara rancangan berita hiburan E! News Asia.[2]